Bismillahirrahmaanirraheem
Assalamualaykum
Bertanya pada diri, di mana aku tempatkan Rasoolullah s.a.w dalam hati ku’? Mari kita teliti kisah sahabat baginda Rasoolullah s.a.w. , yang bernama Bilal biin Rabbah. Kisah yang mungkin tidak pernah kita dengar ketika kelas Pendidikan Islam di sekolah dulu. Kisah yang mungkin sudah ramai yang lupa. Namun, kisah ini kisah yang mekar di hati para perindu syurga. Bilal seorang hamba yang berkulit gelap, dari Habsyah (Afrika). Beliau merupakan antara sahabat yang terawal menyahut seruan dakwah baginda Rasoolullah s.a.w. Selepas ke-islamannya diketahui oleh majikan (Umayyah bin Khalaf), beliau disiksa dengan amat teruk. Akhirnya beliau ditebus oleh Abu Bakar as-Siddiq. Beliau turut ikut bersama berhijrah ke Madinah dan bersama Rasoolullah s.a.w sehingga baginda wafat.
Setlah kewafatan baginda Rasoolullah s.a.w
Semua sahabat menangis,bahkan Umar al-Khattab tidak dapat menerima kepergian baginda. Bilal bin Rabbah antara sahabat yang paling sedih dengan kehilangan Rasoolullah s.a.w. Lalu sampai waktunya, Bilal mengumandangkan azan. Satu persatu kalimat azan dikumandangkan. Namun, sampai pada kalimat ‘Ashhadu anna Muhammada Rasoolulullah’ , suara beliau tersekat, tidak dapat meneruskan azan kerana terlalu hiba dengan kepergian baginda. Seluruh penduduk Madinah juga menangis menghantar jenazah baginda.
Selepas itu, Bilal menolak untuk mengumandangkan azan meskipun diminta oleh Saiyyidina Abu Bakar sendiri. Beliau meminta izin daripada khalifah pada masa itu (Sayyidina Abu Bakar) untuk berhijrah ke Syam.Setelah beberapa tahun berlalu, Bilal bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w. Dalam mimpinya, baginda bertanya kepada Bilal "mengapa bersikap keras begini? Tidakkah kamu ingin menziarahi aku? " Lalu Bilal bangun dari tidurdan terus menuju ke makam Rasoolullah s.a.w. Beliau duduk di sisi makam baginda, sambil menangis, menangis, dan menangis menghayati hari-hari indah bersama Rasoolullah s.a.w. sampai Hassan dan Hussein datang lalu mereka berpelukan. Hassan dan Hussein meminta Bilal melaungkan seruan azan dan Bilal bersetuju. Azan yang pertama selepas kewafatan baginda. Azan yang dirindui penduduk Madinah al-Munawarah. Apabila seruan azan dari Bilal memenuhi segenap ruang di Madinah, seluruh penduduk Madinah terkejut, lalu menghamburkan air mata, mengenangkan hari-hari indah bersama Rasoolullah s.a.w. Hari itu hari yang paling ramai orang menangis di Madinah. Di situ, ada satu perasaan yang wujud di kalangan para sahabat. Perasaan teramat rindu pada junjungan mulia Rasoolulullah s.a.w yang telah banyak berkorban, bersama mereka dalam susah dan senang. Persoalannya, masih wujudkah perasaan itu dalam hati kita?
Rasulullah telah banyak menangis kerana kita. Bukti sayang baginda kepada ummat digambarkan melalui beberapa peristiwa.
Semasa baginda sedang duduk bersama para sahabat, tiba-tiba baginda mengalirkan air mata. Lalu para sahabat bertanya "yaa Rasoolullah, mengapa kamu menangis ? Baginda menjawab "karena aku rindu pada ikhwaku." Para sahabat bertanya lagi "bukankah kami ikhwanmu yaa Rasoolullah?" Rasoolullah berkata "kalian adalah sahabatku, ikhwanku ialah mereka yg tidak melihatku tetapi beriman kepada apa yg diturunkan"
Tidakkah terlintas di hati kita, baginda merindui kita?
Ya! kita yang tidak pernah bersua dengan baginda! Tapi , dimana kita tempatkan rindu kepada baginda?
Rasoolullah s.a.w pernah bersabda bahawa setiap nabi dan rasul mempunyai satu doa yang paling mustajab dan mereka menggunakan doa itu untuk diri mereka sendiri kecuali Rasoolullah s.a.w. Tahukah kalian untuk siapa doa baginda itu? Untuk ummat baginda yakni kita. Tapi, dimana rasoolullah dalam doa kita?
Satu lagi peristiwa, di mana Rasulullah s.a.w membaca doa yang pernah dibaca oleh Nabi Ibrahim a.s
"siapa yg mengikutiku, maka mereka adalah dari kalangku, barang siapa mengingkariku, sesungguhnya Engakau (Allah) Maha Pengampun lagi Maha Pengasih".
Seusai membaca doa itu, baginda menangis dengan amat kuat, lalu Allah mengutuskan Jibril menemui Rasoolullah. Jibril bertanya mengapa baginda menangis sebegitu sekali. Tahukah kalian apa jawapan baginda? Baginda menjawab "UMMATKU, UMMATKU, UMMATKU WAHAI JIBRIL! ". Begitu bimbang sekali baginda pada kita? Bahkan pada hari kiamat nanti, semua orang akan berkata "diri aku, diri aku! " hatta semua nabi kecuali Rasoolullah s.a.w. Tahukan kalimah apa yang meniti di bibir baginda waktu semua orang hanya mementingkan diri sendiri? UMMATI....UMMATI....UMMATI.... Apa lagi alasan kita untuk tidak mengingati baginda? Apa lagi alasan kita untuk tidak mendoakan kesejahteraan baginda? Apa lagi alasan kita untuk tidak merindui baginda?
Baginda yang pengorbanan tiada terbalas
Baginda yang mendoakan kita setiap ketika
Baginda yang begitu menyayangi kita
Dimana perasaan rindu yang pernah dirasai Bilal dan para sahabat? Adakah kita terlupa? Ataupun tidak pernah wujud sama sekali..
ANDAI BAGINDA BERSAMA KITA
SIAPA YANG KAU RINDUI ????
ALHAMDULILLAH
ASTAGFERULLAH