Bismillahirrahmaanirraheem
Assalamualaykum
“Setiap anak yang dilahirkan itu adalah fitrah (suci ) maka ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi atau Nasrani”
riwayat Imam Abu Daud.
Bismillah Dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Maha Pengasih…
Alhmdulillah dapat hidup sehari lagi….kehidupan adalah indah…
Setiap suami isteri mahu bergelar ibu bapa..namun apabila telah bergelar ibu bapa.....mereka gagal menunaikan amanah iaitu mendidik anak-anak dengan baik.
Antara kesalahan ibu bapa adalah :
1.Menjadi role model yang buruk.Ramai ibu bapa suka menunjukkan role model yang buruk.
Contohnya ramai ibu bapa suka berbohong dan mungkir janji.
Apabila anak-anak membesar bersama ibu bapa yang suka berbohong dan mungkir janji,maka anak-anak akan tertanam sikap dan akhlak buruk.
Ramai juga ibu bapa suka meninggalkan solat.
Bgmana mahu menjadikan anak-anak bersolat sdgkan ibu bapa sendiri tidak bersolat?
Ibu bapa adalah cermin kepada anak-anak.
Apabila anak melihat sikap yang buruk,mereka akan mencontohi ibu bapa.
2.Memberi makanan haram.
Ramai ibu bapa memberi makana....minuman....pakaian dan pendidikan anak melalui sumber haram seperti riba,....judi dan sebagainya.
Anak-anak yang dibesarkan dengan hasilharam sudah tentu bakal menjadi manusia yang rosak.
3.Mengabaikan iman.
Ramai ibu bapa tidak beriman.
Contoh mudah suka mengumpat dan memakan riba dan kedua-duanya dosa besar.
Apabila ibu bapa melakukan dosa besar maka iman mereka lemah.
Iman yang lemah bakal menjadikan ibu bapa tidak cemerlang.
Jika ibu bapa tidak cemerlang,bagaimana mahu mendidik anak menjadi cemerlang?
4.Menyerahkan didikan sepenuhnya kepada guru.
Ramai ibu bapa tidak mampu mengajar anak membaca Quran.
Mereka menyerahkan tanggungjawab kepada guru.
Apabila ibu bapa tidak tahu memberi didikan asas ia akan melahirkan anak-anak yang kurang berkualiti berbanding ibu bapa yang memberi asas didikan.
5.Tidak meluangkan masa.
Ramai ibu bapa sibuk siang dan malam hingga tiada masa bersama anak-anak.Anak-anak memerlukan perhatian ibu bapa.
6.Memberi didikan salah.Ramai ibu bapa memberi didikan yang salah kepada anak-anak.
Contoh yang mudah adalah ibu bapa mengajar anak dengan sistem dan fahaman yang salah.
Contohnya “Jangan keluar malam,hantu banyak..”
7.Ajaran bidah dan khurafat.
Ramai ibu bapa mengamalkan bidah dan khurafat.
Sama ada kerana jahil atau mempercayai ajaran nenek moyang.
Setiap bangsa dan agama mempunyai adat ...pantang larang....kepercayaan....istiadat danpelbagai peraturan lagi dalam kehidupan.
Sebagai ibu bapa yang cemerlang sepatutnya mengetahui kepercayaan dan adat yang boleh merosakkan akidah sebagai orang islam.
Islam mengharamkan segala adat...kepercayaan...peraturan yang jelas bercanggah denganAl-Quran dan hadis.Setelah kedatangan islam....nabi saw mengharamkan pelbagai adat danperaturan kaum jahiliah yang menyalahi agama seperti membunuh anak perempuan...menyembah berhala.....mempercayai nujum dan lain-lain.Manakala adat dan peraturan yang baik seperti menghormati tetamu dibenarkan untuk dilakukan.
Sebagai orang islam....wajib akur dan taat dengan suruhan Allah swt dan nabi-Nya.Setiap adat dan peraturan yang jelas bercanggah dengan akidah dan hukum islamwajib dijauhi dan ditinggalkan.
Antara adat dan kepercayaan yang perlu dijauhi oleh ibu bapa ialah:
1.Mempercayai hari malang dan baik.Sesetengan ibu bapa masih mempunyai kepercayaan bahawa ada hari tertentu dikatakan hari malang manakala bakinya hari baik.
Ini adalah kepercayaan yang diwarisidari nenek moyang.
Sebagai contoh,mempercayai sial dan malang di bulan Safar.
Adasebilangan orang islam mengamalkan mandi di bulan Safar.....kononnya untuk membuang sial dan malang di bulan tersebut.
Tidak terdapat di dalam Al-Quran dan hadis tentang terdapat hari sial danmalang.
Setiap hari dan bulan adalah sama yang berbeza adalah fadilat dan kelebihan setiap bulan.
Contohnya...bulan Ramadhan...digalakkan menambah amalan kerana akan digandakan pahala.
Mempercayai bahawa ada hari tertentu malang dan sial adalah syirik kerana tidak mempercayai ketentuan Allah swt.Kepercayaan ini mesti dijauhi oleh ibu bapa supaya tidak terjerumus ke dalam perkara yang boleh merosakkan akidah.
2.Mempercayai tangkal.
Sebilangan ibu bapa mempercayai tangkal sebagai azimat penyembuh penyakit danpengelak bala.....menjauhi gangguan syaitan.
Ada ibu bapa menggantung tangkal di badanbayi mereka untuk mengelakkan bayi tersebut daripada menangis malam danmengelakkan gangguan syaitan dan jin.
Perbuatan tersebut adalah bercanggah dengan islam dan tidak terdapat mana-mana ayat Al-Quran dan hadis tentang perbuatan tersebut.
Mempercayai tangkal mampu mengelakkan bayi menangis malam adalah syirik keranaberiktikad tangkal mempunyai kuasa sebagimana kuasa Allah swt.
Penyamaan kuasamakhluk dan Tuhan adalah syirik.
Allah melarang hambanya menyamakan Zat-Nyadengan mana-mana makhluk.Tersebut dalam sebuah hadis sahih Imam Muslim......seorang sahabat mengadu kepadarasulullah saw tentang anaknya selalu menangis malam....baginda mengajar doa ini:
‘Uizuka bikalima....illahittammah,min kulli syaitan wa hammah,wa min kulli aininlammmah.
Apabila sahabat Baginda mengamalkan doa tersebut.....naknya tidak lagimenangis malam.
Ibu bapa yang mempercayai tangkal untuk penyembuh penyakit....penolakbala.....menakutkan syaitan dan jin perlu meninggalkan kepercayaan tersebut.
Di dalam islam wujud pelbagai doa dan usaha untuk menjauhkan syaitan dan jin....bukan hanya bersandarkan tangkal yang dibuat oleh bomoh or dukun dan lain-lain.Mempercayai tangkal adalah budaya turun temurun dan dipercayai berasal dariagama hindu.
Ketika orang melayu belum memeluk islam....dipercayai menganut agama hindu berabad lamanya.
Oleh demikian....pengaruh dan kepercayaan hindu masih meresapdi dalam jiwa orang melayu walaupun telah menganut islam.
Adat dan kepercayaan bahawa tangkal boleh menyembuhkan penyakit.....menakutkan syaitan dan jin perlu dikikis dan dijauhi.
Islam tidak mengajar umatnya mempercayai sesuatu yang tidak memberi manfaat.
Yakin dan percayalah kuasa Allah swt yang Maha Berkuasa.
Ingatilah hadis bermaksud:
Barangsiapa yang menggantung tangkal,maka telahsyiriklah dia.
3.Mempercayai kuasa paku.
Sesetengah ibu bapa mendidik anak-anak dengan ilmu yang salah.Apabila anakperempuan atau menantu bersalin,mereka menyuruh memakai paku di ataskepala,kononnya menjauhkan gangguan syaitan kerana mempercayai paku mempunyaisemangat dan kekuatan.Kepercayan ini juga adalah syirik sebagaimana mempercayaitangkal.Apabila perempuan bersalin,maka dia akan berada dalam hadas besar di manadiharamkan membaca ayat Al-Quran.Sebenarnya,dalam keadaan berhadasbesar,diharuskan membaca ayat Al-Quran untuk niat zikir.Contohnya membacataauwwuz untuk menjauhkan syaitan dan jin.Perempuan bersalin juga boleh membaca nama Tuhan:YA QAWI-YAMATIN,untuk mendapatkan kekuatan dan semangat.Menyangkutkan paku di atas kepalatidak membawa sebarang faedah malah boleh merosakkan akidah apabila mempercayaipaku mempunyai kuasa untuk menjauhkan gangguan syaitan dan jin.Sebagai ibu bapa bijak bestari,patut mengelakkan adat yang menyalahi agama.Setiap adat dan kepercayaan yang diwarisi perlu diteliti dan dikaji supaya tidak terusmenerus melakukan perbuatan dan kepercayaan yang merosakkan akidah.
4.Mempercayai keramat.Mempercayai sesuatu benda seperti pokok,busut,kubur,makam,tangkal,keris,tombak,batu,permata,cincin dan lain-lain mempunyai kuasa dan keramat adalahkepercayaan karut dan menyalahi agama.Setiap benda dan makhluk tidak mempunyaikuasa atau keramat tetapi masih ada sebilanagn manusia mempercayai keramat sesuatubenda.Apabila mempercayai kekeramatan sesuatu benda,pemujaan akan berlaku untukmendapat rawatan,nombor judi,pengasih dan pelbagai lagi.Perbuatan tersebut akanmembawa kepada syirik kerana memuja makhluk.Ibu bapa patut menjauhi kepercayaandan perbuatan tersebut dan didiklah anak-anak mempercayai kuasa mutlak Allah swt.
5.Mempercayai upacara melenggang perut.Upacara melenggang perut dilakukan kepada perempuan yang bersalin,kononnyaboleh memudahkan perempuan itu bersalin nanti.Adat dan perbuatan ini tiada nas didalam Al-Quran ,hadis mahu pun pendapat ulama yang muktabar.Perbuatan ini hanyalahdiwarisi dari nenek moyang.Setiap ibu bapa patut menyakini bahawa Allah menentukansegala kesakitan,kesembuhan,kebaikan dan keburukan.Sesetengah ulama mengatakan bahawa ibu mengandung yang memakan buahkurma rutab,iaitu sejenis kurma yang telah dimakan oleh Siti Maryam ketika sakitmengandungkan nabi Isa.Lalu Allah mewahyukan kepada Jibrail agar menyampaikanpesanan kepada Siti Maryam.Kemudian siti Maryam menggoyang pokok kurma,lalugugurlah buah kurma,lantas dimakan oleh Siti Maryam.Kemudian,lahirlah nabi Isa.Ulama mengambil pengajaran dari kisah tersebut dan menggalakkan ibu mengandungagar memakan buah kurma rutab untuk memudahkan perempuan bersalin.Adat melenggang perut hanya satu kepercayan turun temurun dan tidak mempunyaiasas di dalam islam.Setiap ibu bapa patut meninggalkan adat tersebut jika melakukannya.Perbuatan dan adat yang tidak mempunyai asas patut dijauhi.
6.Adat memastikan dara.Kebiasaannya,apabila seseorang perempuan akan berkahwin,dilakukan suatuupacara untuk mengesahkan dara seseorang perempuan.Upacara ini dilakukan olehbomoh atau mak andam.Rambut seseorang perempuan diambil beberapa helai,kemudian dimasukkan kedalam bekas khas yang disediakan oleh bomoh atau mak andam.Perbuatan ini juga tiadadalam Al-Quran mahu pun hadis.Perbuatan ini hanya diwarisi dan dilakukan oleh ibubapa.Adat memastikan dara seseorang patut ditinggalkan kerana terbukti tidak membawamanfaat,malah membawa syirik kerana menggunakan kuasa jin dan syaitan.
7.Menanam uri.Setelah perempuan bersalin,uri akan keluar bersama.Kemudian uri akanditanam.Sesetengah ibu bapa membasuh dan menyucikan dengan air bauan seperti airlimau,kemudian membungkus dengan kain batik atau sarung,disertakan denganpensel,pen,gunting dan lain-lain.Menanam uri bersama pensel,pen untuk menjadikananak itu pandai bila besar nanti.Menanam uri bersama gunting dan pisau untukmenjadikan anak itu doktor pakar bedah apabila dewasa nanti.Perbuatan menanam uri disertakan pen,gunting,buku dan benda-benda laindisamping menginginkan sesuatu kebaikan kepada anak tidak mempunyai asas di dalamislam.
Perbuatan ini hanya adat dan kepercayaan turun temurun.Mengapa ibu bapa masihmempercayai dan melakukan perbuatan tersebut?Jawapannya ialah ilmu.Apabila ibubapa tidak mempunyai ilmu,ibu bapa akan jahil dan menurut apa sahaja adat dankepercayaan yang diwarisi.
8.Mempercayai bala dan malapetaka.Jika berlaku sesuatu perkara seperti terjatuh pinggan,tercucuk jarum,mata bergerakgeraksebelah kanan atau kiri,terpijak paku,terlanggar pintu sesetengah ibu bapamempercayai sesuatu buruk berlaku terhadap anak-anak atau keluarga.Kepercayaan inisering dimainkan oleh filem-filem melayu lama atau drama-drama terkini.
Orang ramaimudah terpengaruh dan mempercayainya.Segala mala petaka dan bala yang menimpahanya di bawah pengetahuan Allah swt semata-mata.
Sebagai contoh,jika ibu terjatuh pinggan dan anaknya yang sedang bermain dipadang dipanah petir maka kejadian tersebut adalah kebetulan semata-mata.
Bukanlahkejadian pinggan di tangan yang jatuh pecah berderai menunjukkan sesuatu bala dankemalangan akan atau sedang berlaku.Ibu bapa mudah percaya dengan kepercayaan yang dididik oleh ibu bapa mereka.Kemudian disusuli pengaruh media massa dan elektronik.
Ada juga ibu bapa yangmempercayai jika bergambar dengan jumlah ganjil seperti bertiga atau berlima,seorang didalam gambar tersebut akan meninggal dunia.Ini adalah kepercayaan yang tiada nas dandalil.Tetapi kepercayaan ini masih dipegang oleh kebanyakan orang.Kepercayaan-kepercayaan tersebut boleh merosakkan akidah kerana tidakmempercayai kuasa dan takdir Allah swt.Setiap sesuatu kejadian adalah di bawahketentuan Tuhan,bukan ketentuan manusia.Setiap bala,kemalangan,mala petaka adalahurusan Allah swt.
Kita sebagai manusia lemah hanya diajar supaya berusaha,berdoa danbertawakal sebagaimana maksud hadis:Tidak akan mengubah qada’ melainkan doa.Begitu juga dengan maksud firman Allah swt di dalam Al-Quran yang bermaksud:
Makaapabila kamu berazam,bertawakallah kepada Allah.Setiap ibu bapa perlu menjauhi segala kepercayaan yang menyesatkan dan tiada nasdan dalil.Tanyalah orang alim dan ulama untuk mengesahkan kepercayaan yang hak ataupun batil.Jangan biarkan kesesatan dan kejahilan terus bersarang di dalam jiwa danmewarisi generasi demi generasi.Demikianlah beberapa adat dan kepercayaan yang patut dijauhi oleh ibu bapa.Ibu bapa patut mendalami ilmu tauhid dan fekah,bertanya orang alim untuk mengetahuisetiap adat dan kepercayaan.Teruskan adat dan kepercayaan yang tidak menyalahiagama,manakala adat dan kepercayaan yang menyalahi agama perluditinggalkan.Bersihkan diri anda dan keluarga dari perkara syirik,bidah dan khurafat yangboleh menjejaskan akidah.Jadilah ibu bapa yang peka dan prihatin .Jangan biarkan adat dan kepercayaan yangsalah terus diamalkan dan diwarisi.Wariskan amalan mulia kepada anak-anak….
8.Mengeluarkan perkataan keji.Ramai ibu bapa suka mengeluarkan perkataan yang tidak baik seperti buta,bodoh,bangang,malas,menyusahkan ibu bapa,penipu dan sebagainya.Perkataan ibu bapa terhadap anak-anak adalah doa.Jika perkataan buruk,maka buruklah jadinya.
9. Bersifat diskriminasi.Sikap pilih kasih atau diskriminasi oleh ibu bapa akan melahirkan anak yangmembenci ibu bapa,dendam,marah kerana ibu bapa membezakan layanan dan kasihsayang.Ibu bapa yang baik tidak akan bersikap pilih kasih kepada anak-anak.Ibu bapaperlu melayan kesemua anak tanpa memilih bagaimana dan apa kedudukan anak.Jangan hanya kerana seorang anak kurang berjaya dalam pelajaran,maka ia disisih dandiabaikan.Sikap sedemikian akan menambahkan lagi kebencian dan kemarahan anakanak.Ibu bapa yang bijak ialah ibu bapa yang menyamaratakan layanan dan kasih sayangterhadap kesemua anak-anak.Setiap anak mempunyai hak kasih sayang danlayanan,justeru anak patut diberi kasih sayang dan layanan secukupnya.Janganmembezakan antara satu sama lain.Setiap manusia mempunyai kekurangan dankelebihan.Jangan jadikan anak yang serba kekurangan sebagai mangsa pilih kasih.10.Tidak menambahkan ilmu agama.Ilmu agama itu luas dan banyak.Tiada manusia mampu menghabiskannya walau hidup 1000 tahun.
Ramai ibu bapa kurang ilmu agama namun tidak mahu belajar sama ada ke surau dan masjid,membaca buku agama ,bertanya guru dan sebagainya.
Menjadi ibu bapa memerlukan ilmu.Tanpa ilmu dan kemahiran,ibu bapa tidak akan menjadi cemerlang,malah melahirkan anak-anak yang rosak dan tidak berakhlak.Pelbagai kes gegala sosial seperti merempit,menghisap dadah,berzina,buang bayi,ponteng sekolah,vandalisme dan sebagainya adalah berpunca dari ibu bapa yang tidak berjaya mendidik anak-anak dengan baik.Yang baik hanyalah Allah Maha Sempurna dan Maha Bijaksana manakala kekurangan dan kelemahan adalah diri sendiri….